7 December 2011

Cinta dalam Hati part 4





Keesokan harinya di sekolah . Sebelum loceng pertama berbunyi Eicha dan Emily akan ke kantin dahulu untuk bersarapan . Bukannya Eicha tidak sempat bersarapan di rumah .Tapi saja dia mahu menemani Emily bersarapan di kantin . Emily sememangnya suka akan masakan mak cik kantin , katanya masakan makcik kantin seperti masakan arwah ibunya.Ibu Emily meninggal dunia pada awal tahun lepas oleh kerana menghidap barah otak . Semenjak itu lah Emily menjadi sunyi . Walaupun dia masih mempunyai seorang ayah tapi jauh di sudut hatinya dia amat merindukan ibunya . Ayah terlalu sibuk dengan hal pejabat dan kekadang tidak sempat untuk meluangkan masa bersama Emily.

Setelah loceng pertama bunyi mereka bergegas ke tapak perhimpunan . Setiap hari ahad sekolah mereka ada mengadakan perhimpunan khas . Eicha sememangnya tidak suka pada hari ahad ! 
Namun hari ini keajaiban berlaku terhadap Eicha . Hatinya berbunga-bunga sahaja sepanjang perhimpunan .
Semua ini hanya kerana dia ternampak Reza semasa perhimpunan . Reza yang merupakan pengawas sekolah ditugaskan untuk menjaga kelas 3 Kreatif 1 sepanjang perhimpunan . Eicha pula belajar di kelas 3 Kreatif 2 sebab itu lah dia boleh nampak Reza . 

"Hey Eicha , apa yang awak tersenyum-senyum ini ? macam orang tidak betul saja . Seram sungguh ! "
tegur Emily .
"Eh , mana ada apa-apa lah . Saya senyum sebab hari ini perhimpunan agak seronok . Itu saja . " balas Eicha
"Yo laqhh too . Setahu saya awak paling tidak suka perhimpunan kankankan ? mesti ada sesuatu ini"
Emily cuba melihat keadaan sekeliling . Dia yakin pasti ada sesuatu yang buat Eicha jadi pelik hari ini dan akhirnya dia berjaya ! haha :>
"Err , er awak ini Emily, there's nothings happen lhaa ! You just keep your mouth okay ?" sambil tergagap Eicha cuba menafikan semua itu .
"Hahaha . Tidak semua benda awak boleh rahsia kan dengan mudah dengan saya oke ? I know what you do dear . Patut lah senyum memanjang , pangerannya ada di sini rupanya . Awak ini kelakar lah Eicha !"
Emily yang sememangnya tahu saja mahu menyakat Eicha . Biar Eicha malu sampai mukanya merah . Baru tambah ke-comelannya .
"Emily ! Mata awak ini cap apa haa ? Cepat sungguh awak dapat tangkap . Kacau line saja lhaaa"
"Eicha ku sayang , mata saya cap human laa . Mata awak cap apa ? haha 

Sedang asyik mereka berbual pluss bergaduh . Datang seorang pengawas perempuan dari belakang menegur mereka .

" Eh awak berdua ini , kalau saya tarik ke depan perhimpunan boleh famous ni ? Rancak sangat bergosip ye !
Jom ke depan kita kongsi sama-sama gosip itu nak ? 

Eicha yang sedang menahan malu terkejut sama jugak seperi Emily yang tidak henti ketawanya . 

"Hai akak pengawas , comel hari ini ? eh , ta payah laa . Kami berdua tidak suma famous-famous ini . Gosip ini biar lah rahsia . Macam lagu Siti Nurhaliza tu . tahu kan ?" Emily sempat mengacah pengawas tersebut . Saja nak timbulkan masalah ?
"Eh Emily ! apa yang awak merepek ni ? maafkan kami akak , kami tidak akan bersembang lagi semasa perhimpunan"  Eicha cuba meyakinkan pengawas tersebut
"Okay baiklah , jangan ulangi lagi paham ?! 
"Yaa paham paham paham ! "  serentak dijawab mereka sebijik seperti Upin Ipin .

Selepas pengawas tersebut beredar kedua-dua mereka menghembus nafas lega . Bersyukur sebab meraka tidak jadi untuk di-famouskan . Walaupun niat dalam hati memang teringin nak famous tapi biar lah mereka famous untuk perkara yang tidak memalukan . 

Eicha terasa seperti seseorang sedang memerhatikannya . Jantungnya berdegup dengan cepat-cepat . Muka merah . Dia yakin dia kenal seseorang itu . Dia memandang ke sebelah kiri . ALAMAK !
Reza betul-betul pandang ke arahnya . Sudah tentu Reza melihat kejadian sebentar tadi . Ya ALLAH ini sangat memalukan ! 
Reza tersenyum melihat Eicha seperti tidak keruan apabila sedar dia diperhatikan . Sedikit sebanyak hati nya terusik apabila melihat wajah manis Eicha . Namun dia sedar , perempuan secantik Eicha pasti sudah berpunya . Siapa lah yang tidak mahu perempuan seperti Eicha ? Kalau tanya pada orang gila pun jawapan nya mungkin YA !


bersambung . . .

Adakah Reza mula suka kan Eicha ? Mungkin YA dan Mungkin TIDAK . tunggu sambungannya :)



Terima Kasih Sudi Baca Entry Mimiey.Suka?Like taw!

5 December 2011

Cinta dalam Hati part 3



assalamualaikum Cik Mia Natasya bt Rosli
    
       Sebenarnya, saya tidak bercadang untuk melibatkan Emily tentang masalah kita . Tetapi dia yang bersungguh-sungguh mahu memperbaiki persahabatan kita . Actually,saya betul-betul nak minta maaf atas kesalahan saya dahulu . Bukan niat saya untuk menyakitkan hati awak.Saya terpaksa berbuat sedemikian. Segalanya telah dirancang oleh 'Princess Tiara'yang perasan cantik itu . Maafkan saya Mia , kerana dia persahabatan kita hancur . Saya menyesal sangat-sangat . Saya berharap awak dapat maafkan saya . Saya sentiasa bersedia untuk menerima awak kembali . Harapan saya menggunung ! Emily juga sudi menerima awak sebagai kawan baiknya . Sampai di sini sahaja yang dapat saya coretkan.Saya harap surat ini akan dibalas :)

                                                                                                                                    Be friends ,
                                                                                                                                      Eicha                            


Setelah selesai membaca Mia melipat surat tersebut dengan rapi lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak yang cantik . Kotak itu lah yang menyimpan segala kenangan antara dia dan Eicha . Mia masih menyimpan cawan yang terukir nama Eicha . Pada masa itu , mereka berdua menyertai rombongan ke Pulau Pangkor. Masing-masing membeli cenderamata untuk dibawa pulang . Mereka jugak membeli cawan yang diukir nama masing-masing . Entah macam mana , mereka tertukar cawan . Eicha terambil cawan yang terukir nama Mia dan begitu juga lah Mia terambil cawan yang terukir nama Eicha . Sebab itu lah , Mia masih menyimpan cawan yang terukir nama Eicha.
Air mata Mia jatuh tidak henti bagai hujan yang mencurah-curah . Selama ini dia ingatkan Eicha benci pada nya . Malah Eicha mendapat kawan baru dengan masa yang singkat sekali . Namun , sekarang baru dia sedar. Eicha tidak pernah lupakan dia . Ingatan Eicha pada Mia tetap kukuh macam dahulu juga . 



Eicha pulang ke rumah dengan hati yang hampa . Mia tidak membalas surat dia sama sekali . Pelbagai sangkaan negatif berada di kotak fikirannya . Mungkin ini bukan cara yang terbaik untuk memulihkan persahabatan mereka . Nasi sudah menjadi bubur . Segala yang berlaku tidak akan boleh diulang lagi . Kesalahan Eicha terhadap Mia mungkin terlalu besar sehingga Mia tidak dapat memaafkan dia :'/

bersambung ...

apa yang akan berlaku nanti ? Mia akan memaafkan Eicha ? Mungkin Eicha ada merancang plan yang baru !Aja-aja Fighting ~



Terima Kasih Sudi Baca Entry Mimiey.Suka?Like taw!

Cinta dalam Hati part 2



Hari ini Eicha pergi ke sekolah dengan penuh semangat.Eicha ada misi yang perlu diselesaikan . Amat penting!
Eicha bertekad untuk memperbaiki hubungannya dengan Mia dan kali ini pertolongan Emily amat diperlukan.

"awak yakin dengan cara ini awak dapat memperbaiki hubungan awak dengan Mia?" tanya Emily perlahan.
"ya,saya yakin.Kalau dengan cara ini tidak berkesan kita cuba cara lain pula . Sekurang-kurangnya saya mencuba bukan ?"
"Baiklah saya nak pergi cari Mia sekarang juga.Awak pergilah main jauh-jauh ataupun cuba cari pengeran awak itu ya ? Emily membalas lalu mengatur langkah meninggalkan Eicha.Sudah pasti Eicha sedang marah sekarang.
"EMILYYY!!!" jerit Eicha.Tapi apa yang dikata oleh Emily tadi ada betulnya.Memang dia nak cari pengeran nya itu pun.Mana boleh kala sehari tidak menatap wajah pangeran itu .Sudah menjadi rutin hehe :P

sementara Eicha mencari pangerannya . Emily pula termengah-mengah mencari Mia di merata tempat . Akhirnya jumpa juga .

"Mia !" Emily memanggil . Sebenarnya Emily sudah letih mencari Mia tadi . Seluruh kawasan sekolah dicarinya.Tapi sekarang baru dia jumpa.Ini pun di tempat yang tidak srategik , di dalam tandas . Adoyaii !

"ya,ada apa Emily" Mia bertanya dengan penuh hairan kerana sebelum ini Emily tidak pernah menegurnya . 
"hmm,ini ada surat untuk awak.Saya rasa sudah tiba masanya awak berbaik balik dengan dia . Dia amat rindukan persahabatan awak dengan dia dahulu."

Mia terus mengambil surat itu.Emily mengeluh letih dan berjalan menuju pintu keluar.Dia berhenti sebelah Mia.Tanpa menoleh,dia bersuara perlahan .

"It has to end Mia . You just have to accept the fact and move on"

Kemudian,dia terus mengatur langkah meninggalkan tandas.Sudah tidak tahan dengan bau-bauan yang sangat mengharumkan itu . Dia berharap haruman itu tidak melekat pada baju sekolahnya . Kalau tidak jatuh lah reputasinya ! 

bersambung ....


nak tahu apa isi surat tersebut ? sabar ekh ! wait for the next chapter :)


Terima Kasih Sudi Baca Entry Mimiey.Suka?Like taw!

Cinta dalam Hati part 1




Eicha berdiri di sebalik tiang , memerhati Mia dan Liya . Hatinya tiba-tiba terasa cemburu . cemburu melihat kemesraan mereka . Dahulu dia lah yang sentiasa di sisi Mia . Berjalan ke kantin bersama-sama , bersembang di taman sekolah dan bergosip bersama . Namun ditahan jua perasaan cemburu itu . Dia bukan lagi Eicha yang dahulu . Eicha sekarang hanya pemerhati kawan lamanya Mia dari jauh sahaja . Bertapa sayu nya hati Eicha selama ini . 
        Laju langkah kaki diatur menuju ke perpustakaan . Tujuan utamanya untuk menghilangkan marah di hatinya yang sebetantar tadi menguasai diri . Eicha berasa lega apabila teman barunya Emily turut berada di situ . Emily dan Eicha telah berkawan baik semenjak 3 bulan yang lalu . Emily yang dahulunya seorang yang sangat pendiam kini berubah selepas berkawan dengan Eicha . Mereka menjadi kawan baik selepas Eicha mula menegur Emily yang pada ketika itu sedang bersendirian di taman sekolah . Sejak pada hari itulah Emily menjadi pengganti Mia . 
" Hai Emily " Eicha menyapa Emily yang sedang kusyuk membaca novel dengan sengihan lebar .
  Emily membalas senyuman Eicha .
"Novel apa yang kamu baca itu " saja Eicha bertanya soalan yang agak bodoh . hihik
"Ada cinta dalam hati" balas Emily sambil tersenyum . Sengaja dijawabnya dengan nada perli sedikit . Bukannya dia tidak tahu, Eicha sekarang mula angau pada Reza pelajar tingkatan 4 .

Eicha tersenyum . Dia juga tahu ada maksud di sebalik senyuman Emily sebentar tadi . 
"I know what you are trying to say . Better you stop it Emily !"
"Saya tak cakap apa-apa pun" Emily tergelak melihat Eicha yang sedang menahan malu . 
"Hmm , awak ini Emily" Eicha bangkit. Bengang dalam hatinya . Bukannya dia marah pada Emily.Dia benci dan marah kerana rasa yang muncul dalam hatinya.
 Ya!  memang dia sudah jatuh hati pada Reza di saat pertama kali dia bertentang mata dengan pelajar baru tingkatan 4 tersebut . Tapi dia tidak mampu meluahkan perasaan itu . Dia takut jikalau dia hanya bertepuk sebelah tangan . 

"Aduh , letihnya pada hari ini . Eicha mengeluh . Pelbagai aktiviti yang dilakukannya dengan Emily pada hari ini.Aktiviti yang agak membuang masa :P
walaupun letih , dia berasa gembira kerana aktiviti yang membuang masa itu lah telah mempertemukannya dengan Reza di sekolah tadi .
"Assalamualaikum" Eicha menyapa ibunya yang sedang memasak di dapur .
"Waalaikumsalam" Balas ibunya , Puan Zila .
"Apa yang Chef Zila masak untuk santapan anak mu ini" sengaja Eicha berkata begitu . saja mahu menyakat ibunya .
"Ada-ada saja kamu ini Eicha.Hari ini ibu nak masak ayam masak merah , sayur campur dan sambal udang saja"
Eicha menelan air liur. Ayam masak merah salah satu kegemarannya.
"Boleh Eicha bantu. Tiba-tiba saja tangan terasa gatal untuk membantu ibu ni hehehe" Eicha ketawa 
"ha , soalan itulah yang ibu tunggu dari tadi . Ibu memang perlukan pertolongan dari Chef Eicha . Tolong ibu ambilkan sayur dalam peti sejuk dan basuhkannya" 
Setelah sudah memasak . Eicha terus masuk ke bilik untuk menghilangkan rasa letih.Mahu saja dia melelapkan mata.Namun terpaksa dibatalkan niatnya itu . Dia masih ingat pesan ustazahnya di sekolah . Tidur pada waktu petang harinya boleh menyebabkan otak kita lemah .
Eicha terus ke meja belajar . Niat nya sekarang adalah ..... jeng3 . Dia bukannya mahu membaca buku tapi dia mahu melayari internet di laptop kesayangannnya . nak online FACEBOOK . 

"Hehehe sweet jugak Eicha pakai baju pink ni ya !" Eicha memuji dirinya . Gambar - gambar tersebut ditangkap pada minggu lepas . Ketika Eicha dan keluarganya bercuti di Pulau Pangkor. 
Eicha juga sempat melihat gambar-gambar ketika dia berada di tingkatan 2 . Gambar-gambar itu ditangkap ketika sekolah mereka mengadakan rombongan ke Cameron Highands . Tiba-tiba hatinya terasa sayu . Eicha teringatkan Mia . Eicha melihat gambar-gambar antara dia dan Mia . Tanpa diduga air matanya mengalir .

"Eicha,turun cepat.Kita makan sama-sama."Puan Zila memanggil Eicha
"Baiklah ibu"Eicha akur.Lantas dia mengusap air matanya yang sebentar tadi gugur . Tanpa membuang masa dia terus ke dapur . Perutnya pun sudah terasa lapar. Tunggu masa untuk di isi .

tunggu sambungan yang akan datang . PLEASE like my fanpage dekat sidebar okay ? 


                                                       
Terima Kasih Sudi Baca Entry Mimiey.Suka?Like taw!

2 December 2011

senyum

aku suka senyum :)
Terima Kasih Sudi Baca Entry Mimiey.Suka?Like taw!