5 December 2011

Cinta dalam Hati part 2



Hari ini Eicha pergi ke sekolah dengan penuh semangat.Eicha ada misi yang perlu diselesaikan . Amat penting!
Eicha bertekad untuk memperbaiki hubungannya dengan Mia dan kali ini pertolongan Emily amat diperlukan.

"awak yakin dengan cara ini awak dapat memperbaiki hubungan awak dengan Mia?" tanya Emily perlahan.
"ya,saya yakin.Kalau dengan cara ini tidak berkesan kita cuba cara lain pula . Sekurang-kurangnya saya mencuba bukan ?"
"Baiklah saya nak pergi cari Mia sekarang juga.Awak pergilah main jauh-jauh ataupun cuba cari pengeran awak itu ya ? Emily membalas lalu mengatur langkah meninggalkan Eicha.Sudah pasti Eicha sedang marah sekarang.
"EMILYYY!!!" jerit Eicha.Tapi apa yang dikata oleh Emily tadi ada betulnya.Memang dia nak cari pengeran nya itu pun.Mana boleh kala sehari tidak menatap wajah pangeran itu .Sudah menjadi rutin hehe :P

sementara Eicha mencari pangerannya . Emily pula termengah-mengah mencari Mia di merata tempat . Akhirnya jumpa juga .

"Mia !" Emily memanggil . Sebenarnya Emily sudah letih mencari Mia tadi . Seluruh kawasan sekolah dicarinya.Tapi sekarang baru dia jumpa.Ini pun di tempat yang tidak srategik , di dalam tandas . Adoyaii !

"ya,ada apa Emily" Mia bertanya dengan penuh hairan kerana sebelum ini Emily tidak pernah menegurnya . 
"hmm,ini ada surat untuk awak.Saya rasa sudah tiba masanya awak berbaik balik dengan dia . Dia amat rindukan persahabatan awak dengan dia dahulu."

Mia terus mengambil surat itu.Emily mengeluh letih dan berjalan menuju pintu keluar.Dia berhenti sebelah Mia.Tanpa menoleh,dia bersuara perlahan .

"It has to end Mia . You just have to accept the fact and move on"

Kemudian,dia terus mengatur langkah meninggalkan tandas.Sudah tidak tahan dengan bau-bauan yang sangat mengharumkan itu . Dia berharap haruman itu tidak melekat pada baju sekolahnya . Kalau tidak jatuh lah reputasinya ! 

bersambung ....


nak tahu apa isi surat tersebut ? sabar ekh ! wait for the next chapter :)


Terima Kasih Sudi Baca Entry Mimiey.Suka?Like taw!

No comments:

Post a Comment