7 December 2011

Cinta dalam Hati part 4





Keesokan harinya di sekolah . Sebelum loceng pertama berbunyi Eicha dan Emily akan ke kantin dahulu untuk bersarapan . Bukannya Eicha tidak sempat bersarapan di rumah .Tapi saja dia mahu menemani Emily bersarapan di kantin . Emily sememangnya suka akan masakan mak cik kantin , katanya masakan makcik kantin seperti masakan arwah ibunya.Ibu Emily meninggal dunia pada awal tahun lepas oleh kerana menghidap barah otak . Semenjak itu lah Emily menjadi sunyi . Walaupun dia masih mempunyai seorang ayah tapi jauh di sudut hatinya dia amat merindukan ibunya . Ayah terlalu sibuk dengan hal pejabat dan kekadang tidak sempat untuk meluangkan masa bersama Emily.

Setelah loceng pertama bunyi mereka bergegas ke tapak perhimpunan . Setiap hari ahad sekolah mereka ada mengadakan perhimpunan khas . Eicha sememangnya tidak suka pada hari ahad ! 
Namun hari ini keajaiban berlaku terhadap Eicha . Hatinya berbunga-bunga sahaja sepanjang perhimpunan .
Semua ini hanya kerana dia ternampak Reza semasa perhimpunan . Reza yang merupakan pengawas sekolah ditugaskan untuk menjaga kelas 3 Kreatif 1 sepanjang perhimpunan . Eicha pula belajar di kelas 3 Kreatif 2 sebab itu lah dia boleh nampak Reza . 

"Hey Eicha , apa yang awak tersenyum-senyum ini ? macam orang tidak betul saja . Seram sungguh ! "
tegur Emily .
"Eh , mana ada apa-apa lah . Saya senyum sebab hari ini perhimpunan agak seronok . Itu saja . " balas Eicha
"Yo laqhh too . Setahu saya awak paling tidak suka perhimpunan kankankan ? mesti ada sesuatu ini"
Emily cuba melihat keadaan sekeliling . Dia yakin pasti ada sesuatu yang buat Eicha jadi pelik hari ini dan akhirnya dia berjaya ! haha :>
"Err , er awak ini Emily, there's nothings happen lhaa ! You just keep your mouth okay ?" sambil tergagap Eicha cuba menafikan semua itu .
"Hahaha . Tidak semua benda awak boleh rahsia kan dengan mudah dengan saya oke ? I know what you do dear . Patut lah senyum memanjang , pangerannya ada di sini rupanya . Awak ini kelakar lah Eicha !"
Emily yang sememangnya tahu saja mahu menyakat Eicha . Biar Eicha malu sampai mukanya merah . Baru tambah ke-comelannya .
"Emily ! Mata awak ini cap apa haa ? Cepat sungguh awak dapat tangkap . Kacau line saja lhaaa"
"Eicha ku sayang , mata saya cap human laa . Mata awak cap apa ? haha 

Sedang asyik mereka berbual pluss bergaduh . Datang seorang pengawas perempuan dari belakang menegur mereka .

" Eh awak berdua ini , kalau saya tarik ke depan perhimpunan boleh famous ni ? Rancak sangat bergosip ye !
Jom ke depan kita kongsi sama-sama gosip itu nak ? 

Eicha yang sedang menahan malu terkejut sama jugak seperi Emily yang tidak henti ketawanya . 

"Hai akak pengawas , comel hari ini ? eh , ta payah laa . Kami berdua tidak suma famous-famous ini . Gosip ini biar lah rahsia . Macam lagu Siti Nurhaliza tu . tahu kan ?" Emily sempat mengacah pengawas tersebut . Saja nak timbulkan masalah ?
"Eh Emily ! apa yang awak merepek ni ? maafkan kami akak , kami tidak akan bersembang lagi semasa perhimpunan"  Eicha cuba meyakinkan pengawas tersebut
"Okay baiklah , jangan ulangi lagi paham ?! 
"Yaa paham paham paham ! "  serentak dijawab mereka sebijik seperti Upin Ipin .

Selepas pengawas tersebut beredar kedua-dua mereka menghembus nafas lega . Bersyukur sebab meraka tidak jadi untuk di-famouskan . Walaupun niat dalam hati memang teringin nak famous tapi biar lah mereka famous untuk perkara yang tidak memalukan . 

Eicha terasa seperti seseorang sedang memerhatikannya . Jantungnya berdegup dengan cepat-cepat . Muka merah . Dia yakin dia kenal seseorang itu . Dia memandang ke sebelah kiri . ALAMAK !
Reza betul-betul pandang ke arahnya . Sudah tentu Reza melihat kejadian sebentar tadi . Ya ALLAH ini sangat memalukan ! 
Reza tersenyum melihat Eicha seperti tidak keruan apabila sedar dia diperhatikan . Sedikit sebanyak hati nya terusik apabila melihat wajah manis Eicha . Namun dia sedar , perempuan secantik Eicha pasti sudah berpunya . Siapa lah yang tidak mahu perempuan seperti Eicha ? Kalau tanya pada orang gila pun jawapan nya mungkin YA !


bersambung . . .

Adakah Reza mula suka kan Eicha ? Mungkin YA dan Mungkin TIDAK . tunggu sambungannya :)



Terima Kasih Sudi Baca Entry Mimiey.Suka?Like taw!

No comments:

Post a Comment